Breaking News
Loading...

Info Post
Pengalaman belajar di Jepun selama hampir 4 tahun ni kalau nak ke Malaysia atau dari Malaysia ke Jepun, tips tiket jimat yang saya boleh bagi adalah beli tiket Kuala Lumpur ke Osaka, Kansai Jepun.

Kebiasaannya tiket ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai lebih murah dan bandar Osaka tidak berapa jauh darinya jika hendak dibandingkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Tokyo.

Anggaran kasar tiket murah dari Kuala Lumpur ke:

Osaka Kansai - RM800 (paling murah boleh dapat sehingga RM199)
Tokyo Narita - RM1000 (paling murah boleh dapat sehingga RM349)


Jika anda mahu tiket yang agak berbaloi, saya cadangkan transit sementara ke Seoul, Korea untuk ke Hokkaido, Jepun. Dan untuk perjalanan pulang boleh bertolak dari Osaka, Kansai transit di China dan pulang ke Malaysia. Boleh singgah tiga negara sekaligus kan?

Sebarang pertanyaan untuk bantuan, boleh tanya di ruang komen di bawah. Saya akan cuba menjawab pertanya segera & sebaik mungkin.

Terima kasih.